Kuala Lumpur.

Tuesday, April 20, 2010

Gunung Berapi.

a
Kesan abu gunung berapi Iceland lebih buruk daripada yang dijangkakan. Abu yang muncul akibat letusan gunung tersebut telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara Eropah.
International Air Transport Association (IATA) meramalkan syarikat-syarikat penerbangan menanggung kerugian pendapatan US$200 juta sehari. Ini tidak termasuk kos-kos lain melibatkan pejadualan semula dan penggunaan lencongan. Mungkin sebahagian syarikat akan terpaksa gulung tikar jika keadaan ini berterusan. 

Kesan sebenar kepada ekonomi ialah kebekuan ekonomi akibat ketiadaan pengangkutan udara, bukan sekadar di Eropah malah di seluruh dunia. Tanpa pengangkutan udara, manusia tidak dapat bergerak untuk melaksanakan tugas masing-masing, mesyuarat tidak berjalan, pertemuan terpaksa dibatalkan, persidangan dan perhimpunan besar terpaksa ditangguhkan. Sektor perkhidmatan dan pelancongan akan terjejas, tempahan hotel dan pusat peranginan terpaksa dibatalkan, kontrak tidak dapat dipenuhi.

Pengangkutan barangan tidak dapat dilaksanakan, produk bernilai tinggi tidak bergerak, produk pertanian tidak dapat dihantar dengan segera, penghantaran produk kesihatan, perubatan dan saintifik tertangguh, sistem courier dan pos ekspres menjadi kelam kabut, alat ganti mesin dan kilang tidak dapat diperoleh.

Dalam surah ad-Dukhan, kita telah diberikan amaran bahawa kedatangan asap/kabut dari langit adalah sesuatu yang mengazabkan.


”Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Rabb kami, lenyapkanlah daripada kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.”
(Ad-Dukhan 44: 10-12)

Kita tidak mengatakan abu gunung berapi Eyjafjallajokull inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini, tetapi yang penting, amaran Allah bahawa asap/kabut dari langit itu adalah salah satu azab bagi manusia dan merupakan salah satu tanda kedatangan kiamat.

Muslim perlu sentiasa sedar bahawa fenomena alam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.


”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”
(Ali Imran 3: 190]

Sunday, April 18, 2010

Do'a DiSaat-Saat Ybgh.Prof. Alias Abdullah Ingin Menutup Akaun DiFBnya.


Alias Abdullah





(20:00) Salam. Tinggal beberapa jam lagi saya akan menutup/menangguhkan akaun FB ini.


Saya harap anda sudah mendirikan solat fardu Maqrib. Marilah kita sama-sama berdoa:


Bismillahirahmanirahim.


Ya Allah, kami memohon kepada Mu keampunan dan keselamatan dalam urusan agama kami dan dunia kami, keluarga kami dan harta kami.


Ya Allah, tutupilah kami dari segala yang memalukan kami, dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah, peliharalah kami dari depan kami dan belakang kami, dari kanan kami dan kiri kami dan dari atas kami. Dan kami berlindung kepada keagungan Mu dari ancaman yang datang dari arah bawah kami.

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan kami, pendengaran kami, penglihatan kami, dan minda kami. Tiada tuhan yang patut disembah selain Engkau.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kekufuran, kefakiran dan dari siksa kubur. Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Engkau.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan dukacita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kikir dan pengecut, serta dari cengkaman hutang dan penindasan manusia.

Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahannya keberuntungan serta akhirnya memperoleh kejayaan. Dan kami memohon kepada Mu kebaikan dunia dan akhirat, wahai yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu keredhoan terhadap keputusan dan ketetapan Mu, kelapangan hidup setelah mati, kenikmatan memandang wajah Mu yang mulia, dan kerinduan untuk bertemu dengan Mu, tidak dalam kesusahan yang membahayakan dan tidak pulak dalam cubaan yang menyesatkan.

Dan kami berlindung kepada Mu daripada menganiaya atau dianiaya atau diserang, dan berbuat kesalahan atau dosa yang tidak Engkau ampuni.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu daripada kembali kepada hidup yang terhina.

Ya Allah, tunjukilah kami kepada sebaik-baik perbuatan dan budi pekerti, yang tiada seorang pun yang dapat menunjukannya selain Engkau. Dan jauhkanlah kami dari dari keburukannya yang tiada seorang pun yang dapat menjauhkannya selain Engkau.

Ya Allah, perbaikilah untuk kami agama kami dan lapangkanlah bagi kami tempat kediaman kami, serta berkatilah untuk kami rezeki kami.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kekerasan hati, kelalaian, kehinaan dan kemuskinan. Dan kami berlindung kepada Mu dari tuli, bisu dan segala penyakit yang merbahaya.

Ya Allah, kurniakanlah ketaqwaan kepada jiwa kami dan sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, dan Engkaulah Pelindung dan Pemiliknya.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak kusyuk', nafsu yang tidak pernah kenyang dan doa yang tidak dikabulkan.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kehancuran, terjatuh, tengelam, terbakar dan kesengsaraan masa tua. Dan kami berlindung kepada Mu dari rasukan syaitan dan iblis di saat hadirnya maut.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari pekerti yang buruk, perbuatan mungkar, hawa nafsu jahat, dan penyakit yang membinasakan. Dan kami berlindung kepada Mu dari cengkaman hutang, penindasan dan kegembiraan musuh melihat kejayaan kami.

Ya Allah, perbaikilah untuk kami agama kami yang merupakan pegangan dalam segala urusan kami, dan perbaikilah dunia kami yang merupakan tempat kehidupan kami, dan perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami.

Ya Allah, tolonglah kami dan jangan biarkan diri kami tidak dihiraukan. Menangkanlah kami, tunjukanlah kami dan mudahkanlah petunjuk bagi kami.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba Mu yang banyak mengingati Mu, sangat patuh terhadap perintah Mu, selalu merendah diri kepada Mu, dan sentiasa berserah diri kepada Mu.

Wahai Tuhan kami, terimalah taubat kami, bersihkanlah dosa kami, kabulkanlah doa kami, kuatkanlah hujjah kami, tunjukilah hati kami, luruskanlah perkataan kami, dan lenyapkanlah kedengkian dari hati kami.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar kami dapat berbuat segala kebaikan dan kebajikan, dan meninggalkan segala bentuk kemungkaran, serta mencintai orang-orang miskin dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Dan kami memohon kepada Mu keampunan dan rahmat. Apabila Engkau mengkehendaki untuk menimpakan cubaan kepada seluruh hamba Mu, maka kembalikanlah kami kepada Mu dalam keadaan selamat dari cubaan itu.

Ya Allah, dengan nama Mu kami hidup dan dengan nama Mu jua kami mati. Sekiranya Engkau telah tetapkan dalam tidur kami akan kematian kami maka kami memohon keampunan dan ketaubaan nasuha di atas segala dosa kami.

Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikkan di dunia dan akhirat, peliharakanlah kami dari azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang berbakti.

Salam dan selawat ke atas junjungan mulia dan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabatnya.


5 minutes ago via Facebook for iPhone ·  ·  · Share

Saturday, December 19, 2009

18 Disember 2009

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok

1 Muharram 1431

Harakahdaily

SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.

Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia.

Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.

(Gambar: Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat)

Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini.

Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni.

Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.

Antara kandungannya adalah:

1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.

2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat

4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.

5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.

6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.

7) Bangunkan agenda keselamatan sosial

8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya.

Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga.